Monday, October 27, 2014

Baru balik

Balik balik dari business trip German dan Switzerland dari Sabtu lepas dan tiba hari Sabtu juga.  Dengan Datuk M dan Datuk MY. Berpindah hotel 5 semuanya, dan engagements dengan 12 agensi. Alex sabar bawak kereta dari satu tempat ke tempat lain. Tak ada pulak dia tunjukkan rasa letih atau mengantuk. 

On the way back, the plane delayed for 5 hours. Tunggu spare part, pasang... kemudian baru jalan. all the while kami dalam kapalterbang dekat hujung sana, sebelum masuk runway.... MH005.....




Saturday, October 18, 2014

Selepas bertahun bersawang.

Hari ini Yop dan Adik ada dirumah. Adik baru saja habis exam sem2...., cuti sebulan. Esuk dia akan berkejar ke Nenering untuk lengkapkan satu borang yang tersilap. Dia dah book abg lie untuk teman sepanjang perjalanan yang sangat jauh tu.

Yop pula berehat selepas seminggu training di ILSAS. Nampaknya tiap2 bulan dia balik sini untuk training tu. Katanya setahun pertama kerja dengan TNB akan dipenuhi dengan training. Jiran pun dah faham sekali sekala ternampak saga merah black top parking hujung jalan tropika 2.

Tadi jengah pasar tani Mardi.... kakdah gendong barang sakan. last sekali beli sarapan 3 nasi lemak dengan satu laksa. Kakdah terkejut dengan harga RM..... duduk ibukota kan... haha.


Malam ni nak terbang ke German , seminggu disana. Travel cum business