Monday, March 09, 2009

HOSPITAL PUTRAJAYA

Kata orang Hospital Putrajaya adalah paperless. Memang betul pun. Dari awal tahun Bangchik berurusan dengan hospital tersebut. Waktu mula datang kena daftar di kaunter pendaftaran. Dapat nombor dan kena tunggu nombor naik, macam kat setengah bank juga la. petugas catit semua maklumat dalam komputer, kemudian suruh pergi bahagian C. Tempat C untuk pembedahan. Kemudian tunggu lagi sampai dia panggil nama dan terus jumpa doktor.

Dimana-mana tempat depa bolih klik nama kita dan tahu serba ringkas siapa gerangan orangnya.



Kalau teringin nak tenguk rupa Hospital Putrajaya dan butir lanjutnya klik sini [Hospital Putrajaya]. Dekat-dekat situ ada putrajaya sentral ~ untuk keretapi, bas dan teksi, ada balai bomba dan balai polis.



Bangchik duduk dihospital 3 hari dari 25 hingga 27 februari yang lepas. Istilah orang sekarang, ialah 3 hari 2 malam. Waktu masuk 25hb, Kakdah temankan, dan konon cerita kena puasa. Tapi tiap-tiap waktu makanan orang hantar. Kita tak mau soal banyak, makan saja la. Masa doktor datang round, baru dia bagitau, posa lepas 12 malam. Itu bukan posa namanya!

Pada 26hb, lebih kurang jam 11.45 pagi Kakdah tolong kenakan baju untuk masuk dewan pembedahan. Baju putih paras lutut dan tali ikat di belakang. Masa depa surung katil beroda, Bangchik pejam mata, dan terbayang filem-filem yang mirip-mirip begitu.

Diaorang cucuk dekat tulang belakang untuk pam ubat bius. Dengar ceritanya morfin!... Bangchik sedar-sedar gitu saja, lelap-lelap jaga. Sedar jam 4.00 petang. Dah selesai operate, jahit dan balut luka.

Esuknya 27hb Bangchik balik ke rumah dengan sekeping sijil cuti hingga 11 hb Mac. Yang paling tak tahan ialah pening kepala dan sakit tengkuk bila bangun dalam tempuh seminggu pertama. Bila baring, semua kembali normal. Ada telefon kawan, seorang doktor, katanya itu biasa selepas kena bius sehingga seminggu.

Hari ni, Bangchik macam biasa, dah terkial-kial nak tenguk tanaman organik. Betik udah nak masak. Peria [edisi kedua] tergantung sedia dipetik. Manakala terung bulat [edisi kedua] masih mahu hidup. Tomato, sisipan terkini, melunjak naik dengan sihat dan bila belek dekat-dekat ternampak kuntum-kuntum bunga nak menjadi.

Assamualaikum dari Putrajaya.... maulidur rasul.