Tuesday, December 09, 2008

Hari Pertama di The Heritage.

Hari ini penting kerana BangChik terasa seolah berpindah lagi. Cuma kali ini tiada surat arahan berpindah seperti yang bangChik lalui berkali-kali sebelum ini. Dalam berpindah ada sisipan kerja-kerja yang lain seperti; packing barang dalam kotak, selsema sebab habuk, buang barang yang tak diperlukan lagi, lori, pindah sekolah anak, letih, penat, rumah baru, jiran baru dan hilang barang.

Kali ini rumah tetap di situ. Tempat kerja saja baru.

BangChik dah terbiasa lama tinggal di Kuarters. Rumah ke Pejabat cuma seminit dua saja. Kali ini bergerak dari satu negeri ke satu negeri yang lain, pergi dan balik. Rumah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kerja di Heritage, The Mines, Selangor.

Tadi pagi, jam 7.15 BangChik dah celapak setering Waja NBD dan dalam tempuh 15 minit BangChik sudah ada di paras 3, Heritage Tower. Sekarang dah tak boleh lari-lari ke rumah waktu lunch. Di sana ada 3 pilihan; 2 kedai mamak satu kedai masakan melayu.

Dari ofis Tingkat 9, BangChik boleh nampak Mines shopping complex, tasik dan Mine's golf course. KL Tower nampak sayup-sayup.

Saturday, December 06, 2008

New Office at Heritage: Mines

We are shifting to a new office at heritage the mines.



Office at that little square building at the far right with dark glass.









After Eidil Adha, I can no longer enjoy the brief trip to office as i used to do with E14, Putrajaya. I hope it will be fun.