Friday, November 21, 2008

Laut Tioman











Tuesday, November 18, 2008

Sepetang di Pantai Remis.

Kami pulang lagi. Kali ini dengan tujuan yang sedikit lain dari sebelumnya. Pertama kali menikmati kebolehan Yop memegang stering dari titik mula Putrajaya hingga titik akhir Pantai Remis. KakDah didepan, BangChik terlentuk dibelakang.

Kami bayar tol tiga kali satu trip. Pertama masa susur keluar di Shah Alam, tepi bangunan Strait Times, kedua dan ketiga masa di Highway Guthrie. Selebihnya adalah percuma, kecuali wear and tear pada kereta Suria Hijau kemudian hari, dan kos melayan tekak dan nafsu. BangChik teringat kata seorang kawan tentang rezeki, katanya rezeki kita ada di hujung jari dan pangkal tekak. Yang lain, belum tentu.........

BangChik dan Yop ukur keluasan pada satu lot di Kg Dato Seri Kamarudin dengan tujuan tertentu. Bila sesuai, kita cerita lebih lanjut.

Di Pantai Remis, BangChik sempat jumpa PakNjang, MaknJang, PakSeman, ToknGah, PaknDak, MaknDak dan anak-anak. PaknDak tunjuk anak kacang lendiaq, serai, cili dan bayam. Menjadi jugak. BangChik sembang biasa-biasa dengan PaknDak.

Pagi Ahad kami ramai-ramai turun ke pelantar Ah Tu. Pelantar ada charateristic tertentu..., selain bau, ada rezeki dan bisnes berdenyut. Punca rezeki dari laut yang bergelora dan nelayan yang sering diduga.... manakala dihujungnya rezeki bergolek dengan senang, akhirnya masuk dalam tekak orang dan itik. Memang, rezeki dipangkal tekak!

Ada sebab tertentu kenapa kami berkunjung ke Pelantar Ah Tu ........

Thursday, November 13, 2008

Akan tiba tengkujuh selepas November.

Hari Jumaat lepas kami turun ke Muadzam Shah. Ada hal kerja. Susah sikit di Muadzam Shah ni, sebab nostalgia sering mengusik-ngusik. Bandar itu masih begitu.... kecil dan terpencil.

Petang itu juga kami lajak ke Rompin, tidur di Lanjut. Esuknya ke Mersing, meninjau-ninjau kawasan. Tengah hari balik semula ke Rompin, makan kenduri Cik Dillah (istilah anak-anak) yang akan ke tanah suci tidak lama lagi. Ada jumpa Ladzuarni, Shafie, Sarimen sekeluarga, Roshaizat sekeluarga dan beberapa kenalan yang lain.

Dalam jam 2.30 petang, kami terus ke Penyabung, menduga nasib di laut Tioman. Hj zek suka sangat memancing dan gembira memijak bumi endau. Darus dan Yi adalah watak tempatan yang sangat terbuka dan enterprising. Tekong dan awak-awak bukan calang-calang manusia dengan dunia laut dan ikan. Dimaklumkan lagi dua minggu, laut akan bergelora!

Akhirnya tiba di Ptrjy jam 3.00 pagi Isnin dengan sebonet penuh harta karun dari laut Tioman.

(Kami dalam trip ini tak termasuk KakDah, Yop dan adik)