Saturday, August 30, 2008

Dah dekat nak posa.....

Hari Sabtu.... Kak Dah dah congak baju melayu anak-anak.... baju raya, kuih raya... raya kat mana...

Sikit hari lagi kita akan mula posa .... bang Chik rasa dah lama dapat posa penuh. Dulu-dulu ada masanya tergelinciak jugak.... Zaman istilah sejagat ini masih relevan,

posa yang yok....

bangkit pagi selok periok...

waktu itu jugalah, nyanyian seperti ini jadi siulan dalam rumah,

Pin tok abaih
Pi Tepein naik baih

dan,

Tong Tom Bak
Mak Yong dedek
Pecah sebijik
Tinggai serangkap

Ram-ram pisang
Pisang masak layu
Jatuh dalam kubang
Sambaq bapak yu

Yu yu momok
Belalang kodek-kodek
Sapa mulut hingaq
Dia kena kena cubit.

Tadi shopping di Shah Alam.... haha.... Giant tepi Stadium, bukan ada apa special pun... saja tukar angin, tukar selera.... Putrajaya waktu ni macam nak lengang... Ramai pakat balik kampung, sempena cuti hari Isnin dan sempena menyambut posa. Masa nak pergi, isi minyak dekat Petronas presint 16. Dalam kedai Mesra Petronas, ada ATM Maybank..... Bang Chik dah jadi habit la ni, keluaq duit dan bubuh minyak disitu.... Tadi ada sorang lelaki depan sekali, cucuk kad, tekan nombor.... kemudian dia ulang dua tiga kali... kemudian dengaq dia poh peh.... depan bang chik ada pompuan... dia pakai kad cimb.... dia pun sama .... Bang Chik ternampak baki dia kat screen dan jumlah yang dia nak keluaq.... patutnya boleh... tapi sama jugak dengan lelaki mula tadi... Hmmmm.... sian kat depa.... Sampai giliran bang chik, cucuk kad, tekan nombor, buat semua seperti diminta... kemudian mesin pun keluaq bunyi yang ditunggu-tunggu.... "sret..sret...sret...sret...sret....sret".... macam orang selak dictionary!!

Nampak gayanya ATM Maybank kat Mesra Petronas Presint 16 pada hari Sabtu 30hb Ogos 2008 lebih kurang jam 12.30 tengah hari, hanya menerima kad Maybank saja... Dalam Alamanda, sebelah tu saja, ada banyak lagi mesin ATM. Ambank, BSN... Dekat Anjung, tepi ofis tempat Bang Chik kerja ada Bank Islam... Kat Bangi lagi banyak!!

Minggu lepas Timbalan Ketua Pengarah ada simposium di Jakarta. dari hari Isnin sampai Jumaat. Dah dua tiga kali Bang Chik terima surat macam tu... Minggu lepas pun terima surat yang sama....... "Semasa ketiadaan saya dari .... hingga.... En A.. b... Lin akan menjalankan tugas sebagai........ ". Waktu ini lah, kawan-kawan seangkatan pakat dok ngusik .... eh... jaga... tu TKP nak lalu... kemudian pakat gelak ramai-ramai.... kawan-kawan sini lebih kurang sebaya, dah biasa lama.... dari mula-mula kerja lagi. Petang jumaat, semua pakat bawak balik 2 kotak korma .... depa perabih duit kelab.... sebab bulan september dah tentu takdak apa-apa jamuan, farewell atau potluck!!

Selamat Berpuasa Semua...

8 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... bulan puasa ni paling best bab BERANTAQ... buat bubur kacang seperiuk... kemudian BERBEDAK kesetiap buah rumah... kemudiannya... tau2... penuh meja dengan segala MAK NENEK kuih muih dan lauk pauk balasan jiran... emmm...

:: selamat berpuasa...

cikgu normali said...

Selamat berpuasa...

bangchik said...

PakNgah... tunggulah sampai bila pun.., Orang Sarawak tetap berbuka lebih awal. Putrajaya tak boleh lawan.

Kami tak mula berbedak kuih lagi. Baru try berbedak cili, peria dan bendi.

bangchik said...

Cikgu Normali.
Selamat Berpuasa juga untuk cikgu normali sekeluarga.

Cara menulis dan mengira macam orang Seremban je.... ye ke?

cikgu normali said...

orang seremban la ni...payah nak cari orang nama macam saya ni! Datang la melawat SMTTJ...tak nak menyumbang apa-apa kat library ke?

azlanlin said...

Selamat Hari Raya AidilFitri daripada Azlanlin dan sekeluarga di Kluang, Johor

Pak Ngah: said...

:: salam... selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir batin... daripada kami sekeluarga... salam utk semua...

EXTREMEMAN / EXTREMWOMEN said...

Salam hari Raya..
Seronok berhari raya tahun ni.. kawan-kawan saya suka berkongsi sekiranya saudara semua mahu.. sebuah pengendali blog menyediakan kemudahan blogger tanpa had mukasurat dan berbagai kemudahan didalam blog dan mendapat kepuasan dalam menyediakan blog yg tiada had.
Sila lawati:
http://eman.blogstarz.my atau hubungi saya 019 9047100