Friday, July 25, 2008

Musim Bunga di Putrajaya

Negara berhawa dingin ada 4 musim; winter, spring, summer dan autumn. Spring adalah musim bunga. Di Putrajaya waktu ini ada pelbagai musim. Musim bunga tidak terkecuali.
Bayam: jenis batik merah hijau sedang berbunga. Daunnya tak pernah ambil untuk buat sayur, saja dibiarkan untuk bayam melepasi waktu-waktunya.
Keduduk: juga sedang berbunga, purple muda.
Peria: bunga berwarna kuning dengan 5 kelopak.

Terung: bunga yang pertama, warna purple muda macam keduduk juga. Tapi bunga dia tunduk ke bawah sedangkan keduduk bunga dia ternganga mendongak langit.

Cili: pokok ini belum berbunga. Cili biasanya akan berbunga semula selepas buah terdahulu sudah matang dan hampir semua boleh dipetik.

Bertemu kembali:
Tadi baru balik dari tanah bawah bayu. Ada hal disana, urusan proses naik pangkat 44, 48, 52, 54. Sampai rumah, Kak Dah hanya terima ikan dan udang sebagai buah tangan. Tidak ada buah!!
Kak Dah sibuk dengan kueh-kuehnya. Hari Ahad ni macam nak pergi kenduri kawin di Cheras saja.... Ada kawan lama zaman bersibuk dengan kepengetuan. Dia sudah pencen 2 tahun. Hj Yusof Sudin namanya, mengahwinkan anak sulung.

Harap-harap PakTeh cergas dan ceria seperti selalu. Dan selamat membina komitmen untuk PakTam yang akan belajar lagi.

Harap-harap juga kakak dan keluarga selesa dengan tempat baru. Petua orang tua-tua,

Orang Kedah,

Jangan buat mudah,

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: pokok keduduk tu "berlambak" di belakang SDI Pengkalan Bharu... dulu la... hujung 60an - 70an... sebelum dijadikan padang...

:: buahnya sedap... tapi membirulah lidah jawabnya...

bangchik said...

Ya... ada keduduk. ada jugak pokok nyior tua, tinggi menyayup tapi buah jarang-jarang satu.

Keduduk kat rumah ni, ada buah, tapi keras kematu dan tak ranum merekah... keduduk pun ada jenih jenih jugak kot?