Tuesday, July 29, 2008

Kak Dah ikut sama seminar permaufakatan KPM dan KPTM

Dulu apa juga hal berkaitan dengan pelajaran adalah dibawah urusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dengan Perdana Menteri yang baru Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, hal pelajaran terbahagi kepada dua, satu hal sekolah, matrikulasi dan maktab (IPG sekarang) dibawah naungan KPM, manakala hal yang berkaitan dengan pelajaran di universiti, politeknik, kolej komuniti dan institusi swasta di bawah KPTM.

Pada 28-29hb Julai, iaitu hari ini dan semalam, satu sesi permuafakatan antara kedua Kementerian diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang. BangChik pun kena pergi sama dengan kumpulan KPTM. Hari pertama BangChik pergi dengan Hj Ghaus seorang rakan kerja menaiki NBD 4763, waja silver. Ada nampak Dato Alimudin, Radin Umar, Ungku Aziz, Tony Fernandez, Datin Asariah dan ramai lagi.

Tengah hari BangChik lari balik rumah no 33, presint 14. Pujuk Kak Dah join sekali untuk sesi petang. Kak Dah kata "name tag tak ada ni". Dia tanya lagi "Kalau depa tanya Puan dari mana nak kata apa?"..... BangChik kata buat bodoh saja, masuk dalam dewan dan duduk!

Kami pun sama-sama jadi peserta majlis permuafakatan antara KPTM dan KPM.

Pada malam 28hb, kami tiga beranak sama-sama tenguk TV3 berita jam 8. Tiba-tiba selepas sisipan Ungku Aziz bercakap berkenaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, terkeluar sisipan gambar BangChik. Semua pakat gelak!!.... Dalam hati kata " kurang-kurang tak ada sapa boleh kata BangChik ponteng majlis!!"

Pertama kali KakDah ikut BangChik dalam majlis seperti ini. Rasa-rasanya bukan kali terakhir. Terfikir jugak nak buatkan name tag untuk KakDah .."Dr Zuraidah"..... Hahaha, ambik kau!

5 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... emmm... dan kalau dah jadi "DR ZURAIDAH"... kena bersedialah dengan soalan2 lain dari orang lain... "dari mana... jabatan mana... kementerian mana... kenal tak dengan si anu2 tuu..." dan mungkin disapa " emmm... kita sama jabatanlah... bila lapor diri sebab tak nampak pun sebelum nii"....

:: boleh dicuba tuu...

bangchik said...

Haha,

Kata je la apa yang sesuai ...., saya penyelidik bebas ke, ape ke ...

azlanlin said...

"saya adalah 'doktor peribadi' kepada en azizi..." lagi jawapan yg tak boleh dipertikaikan... hahahahah. Menarik tu. Nampak gayanya, banyak lagi ruang yang boleh diteroka utk melihat sejauh mana kita mampu mengawal emosi dan mental! wakakaka...teruskan...kami di kluang akan ikuti perkembangan..

p/s : patutla pada 29 baru2 ni, xde keta ijau dan silver di parkir rumah presint 14 setelah paktam selesai urusan JPJ di putrajaya..Jengah le juga sbelum ke bagan lalang. Lain kali kita jumpa lagi...hehehhe. Cuma takditinggalkan jejak telah ke sana.

PakTeh said...

tiada nametag pun takpa. lebih selamat.

kalau ditanya saja, jawab: "maap la - nametag saya ada, 10 benaq, tapi tertinggal la pulak. isk."
apa2 soalan berbangkit selepas itu: jawab: "no comment.. pls. saya wakil jabatan saya. kalau saya jawab, akan menjatuhkan imej jabatan saya."

hihi boleh ka mcm tu?

Cikgu Hakim said...

akim ter"miss" part muka paklang kat buletin utama. tapi dapat msg dari aim bagitau..