Tuesday, July 29, 2008

Kak Dah ikut sama seminar permaufakatan KPM dan KPTM

Dulu apa juga hal berkaitan dengan pelajaran adalah dibawah urusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dengan Perdana Menteri yang baru Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, hal pelajaran terbahagi kepada dua, satu hal sekolah, matrikulasi dan maktab (IPG sekarang) dibawah naungan KPM, manakala hal yang berkaitan dengan pelajaran di universiti, politeknik, kolej komuniti dan institusi swasta di bawah KPTM.

Pada 28-29hb Julai, iaitu hari ini dan semalam, satu sesi permuafakatan antara kedua Kementerian diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang. BangChik pun kena pergi sama dengan kumpulan KPTM. Hari pertama BangChik pergi dengan Hj Ghaus seorang rakan kerja menaiki NBD 4763, waja silver. Ada nampak Dato Alimudin, Radin Umar, Ungku Aziz, Tony Fernandez, Datin Asariah dan ramai lagi.

Tengah hari BangChik lari balik rumah no 33, presint 14. Pujuk Kak Dah join sekali untuk sesi petang. Kak Dah kata "name tag tak ada ni". Dia tanya lagi "Kalau depa tanya Puan dari mana nak kata apa?"..... BangChik kata buat bodoh saja, masuk dalam dewan dan duduk!

Kami pun sama-sama jadi peserta majlis permuafakatan antara KPTM dan KPM.

Pada malam 28hb, kami tiga beranak sama-sama tenguk TV3 berita jam 8. Tiba-tiba selepas sisipan Ungku Aziz bercakap berkenaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, terkeluar sisipan gambar BangChik. Semua pakat gelak!!.... Dalam hati kata " kurang-kurang tak ada sapa boleh kata BangChik ponteng majlis!!"

Pertama kali KakDah ikut BangChik dalam majlis seperti ini. Rasa-rasanya bukan kali terakhir. Terfikir jugak nak buatkan name tag untuk KakDah .."Dr Zuraidah"..... Hahaha, ambik kau!

Friday, July 25, 2008

Musim Bunga di Putrajaya

Negara berhawa dingin ada 4 musim; winter, spring, summer dan autumn. Spring adalah musim bunga. Di Putrajaya waktu ini ada pelbagai musim. Musim bunga tidak terkecuali.
Bayam: jenis batik merah hijau sedang berbunga. Daunnya tak pernah ambil untuk buat sayur, saja dibiarkan untuk bayam melepasi waktu-waktunya.
Keduduk: juga sedang berbunga, purple muda.
Peria: bunga berwarna kuning dengan 5 kelopak.

Terung: bunga yang pertama, warna purple muda macam keduduk juga. Tapi bunga dia tunduk ke bawah sedangkan keduduk bunga dia ternganga mendongak langit.

Cili: pokok ini belum berbunga. Cili biasanya akan berbunga semula selepas buah terdahulu sudah matang dan hampir semua boleh dipetik.

Bertemu kembali:
Tadi baru balik dari tanah bawah bayu. Ada hal disana, urusan proses naik pangkat 44, 48, 52, 54. Sampai rumah, Kak Dah hanya terima ikan dan udang sebagai buah tangan. Tidak ada buah!!
Kak Dah sibuk dengan kueh-kuehnya. Hari Ahad ni macam nak pergi kenduri kawin di Cheras saja.... Ada kawan lama zaman bersibuk dengan kepengetuan. Dia sudah pencen 2 tahun. Hj Yusof Sudin namanya, mengahwinkan anak sulung.

Harap-harap PakTeh cergas dan ceria seperti selalu. Dan selamat membina komitmen untuk PakTam yang akan belajar lagi.

Harap-harap juga kakak dan keluarga selesa dengan tempat baru. Petua orang tua-tua,

Orang Kedah,

Jangan buat mudah,

Sunday, July 20, 2008

Bulan Julai 2008

Ini saja nak tunjuk gambar-gambar tanaman. Sambil-sambil saja. Masa pun sangat terhad, lepas balik kerja sebelum gelap dan weekend. Weekend pulak kena bahagi dengan hal-hal pasar, anak-anak dan Kak Dah. Peria: Sudah belajar berbuah, tak lama lagi boleh la pekena masak lemak peria dengan udang kering Sabah.
Kailan: Sudah membesar, ada beberapa perdu, belum boleh tuai lagi!
Jagung: jagung pun ada, 13 perdu semuanya. Jagung senang je tanam. Cucuk lubang dengan kayu, masukkan biji benih jagung, siram dan dia pandai tumbuh sendiri. Setengah daerah sebut "tukai" jagung. Jagung ni lebihan dari "pop-corn" yang kak dah beli di kedai cake-house. Kak Dah beli pop-corn untuk layan anak-anak. Ni belum tahu, rasa-rasanya untuk ambil "sonak" jagung saja.
Bayam: Asalnya semai dari biji dalam paket yang dibeli dari supermarket. Dah petik dan buat sayur pun.
Ulam raja: tengah galak membesar, ada 4-5 perdu. Biji Benih ambil dari tinggalan penyewa rumah yang dah berpindah ke Terengganu.
Terung purple: Terung jenis purple bulat, ada 4 perdu.
Kacang Hijau: Ini kacang yang orang selalu buat bubur kacang. Saja tanam, rasa-rasanya harga kacang hijau taklah mahal mana, dan tiga perdu jangan-jangan bila berbuah esuk tak cukup pun untuk seperiuk bubur kacang!
Labu Pumpkin: Jenis sederhana besar, baru tumbuh. Lokasinya tepi tiang depan rumah. Tengah fikir kemana agaknya labu ni akan menjalar. Biarlah......
Kacang Bendi: Baru seminggu dua ubah atas tanah, ada 8 perdu.

Agak lama juga tidak mengemaskini blog ini. Semalam pulang dari Port Dickson, hal biasa dengan kerja, kesana kemari. Sekarang Yop tinggal dirumah sejak mula mendaftar di UNITEN. Dari rumah ke UNITEN dalam 10 minit memandu. Dan Kak Dah pun adalah kawan dirumah bila Bang Chik kemana-mana. La ni Yop bawak kereta hijau pergi UNITEN. Dia merungut, katanya minyak RM30 tahan 5 hari. Mama dia kata "baru hang tau..."
Kakak akan berpindah hujung bulan ni ke Alor Setar, Kedah. Rumah dah dapat katanya. Isnin ni akan ke sana bawak baju saja. Hujung bulan baru angkat semua. Katanya Raya ni, Lynn akan dapat adik. Mama dia dah offer diri untuk bantu...!