Saturday, June 14, 2008

Porto Malai

Setengah dari orang dalam gambar ni kakak tentu masih ingat...... rakaman peristiwa ketika kursus "altruistic leadership" di Awana Porto Malai Langkawi, 9-12 jun 2008.

pakcik amir, ayah, pakcik ghaus, pakcik mohlis
depan hotel
pakcik kamaruzaman
pakcik mohlis main pingpong dgn ayah.
Salam dari ayah,
AYAH...

Thursday, June 12, 2008

Cili dan bayam masih bertahan


buah merenduh

anak bayam jenis daun hijau, masih dalam pasu, seminggu lagi letak atas tanah.



Sunday, June 08, 2008

Bercanda di Taman Warisan


Hari tu Kak Dah dan Bang Chik bercanda di Taman Warisan..... Taman tu macam mana-mana kebun saja la...... penuh dengan pokok buah-buahan...... Situ boleh tenguk saja, petik tak boleh.... kalau nak, masa turun dekat entry point boleh beli....

Tu gambar paklang untuk Ahmad.... Ka Pakngah rindu tenguk adikchik dia?.... haha.

BangChik

Saturday, June 07, 2008

Syami bau Unta?

Mie, pekena kopi sambil tenguk cerita hindustan...., dia sampai rumah terus naik main game!!




PakTeh sampai Putrajaya dengan DUA teksi dari KLIA..... bergendung beg dan barang. Syahmi keluar awal dari kereta..... PakLang saja je kata " Eh Mie, apa bau unta nie?".... Dia sengeh je... Semua nampak sihat, sedikit letih....... Mak Long Nenering nampak tembun. Kata Mak Long sana makan lalu....... Jam enam petang PakTeh, MakTeh, Mak Long dan Shahmi naik kereta menghala ke Pantai Remis ....

Ada ketayap untuk PakLang ....... Untuk PaknDak ada ketayap special!!... ada ketidak serban untuk PaknDak, PakLang tak tau..... tapi ketayap pasti !

Ilah ada seminar di Presint 16, tak singgah rumah, katanya tumpang kereta kawan....

Pagi tadi: Dengar cerita orang berniaga di Pasar Tani, tak menang tangan...... laku, habis, licin. MaknJang kata letak kek 1RM 20 ketul habis..... cendawan pun habis...... Ada jugak orang tanya Nyior ...... PaknDak dan MaknDak pun ada.....

Petang tadi: PaknDak telefon tanya depa dah jalan ka...... PaknDak kata dia di Simpang Tiga, minum teh berdua. Anak-anak tinggal dirumah ..... PaknDak gelak besaq. Gaya gelak macam orang happy je... bagus la.... Tapi PaknDak memang suka jalan-jalan, kecil-kecil dulu kayuh basikal setakat Terong tak heran!!...



PakLang...

Thursday, June 05, 2008

Green Everywhere!!

anak terung dan bayam
pegaga dalam balang berisi gel
daun bawang tepi gerej

Cendawan, 20 tak sabar-sabar nak keluar dari stor




Hari tu beli 20 bekas.... Kata MaknJang harga beli, tak ambik untung pun. ..... 10 dengan tarikh 11.4.2008, 10 lagi dengan tarikh 17.4.2008. Raga plastik pun beli RM5.00, dengan cost price. Orang pesan suruh peram selama dua bulan, lepas tu baru buka. La ni 20 bekas diam-diam dalam stor.
MaknJang prejen 1 yang sudah matang, yang tu la tuai kali kedua tu....
Jadi BangChik akan buka 10 bekas pada 10.4.2008, dan 10 lagi pada 16.4.2008. Weekend ni BangChik menukang buat para kayu. kayu 1x2 akan sampai, free.... haha. Para mudah, 3 kaki tinggi, 2 kaki panjang dan 1 kaki lebar. Mudahalih, boleh letak mana-mana yang lebih sejuk.
Ghalit dengan benda ni, kebun lagi....., langsung terlupa sat Golf!!.

Ahmad cangkul tepi rumah.diPutrajaya


Masa Pakndak sekeluarga dan ipar biras singgah rumah hari tu BangChik masih ditempat kerja. Pakndah cuba call, tapi BangChik tak dapat nak angkat, sebab tengah meeting dengan Bos Besaq......


Bila balik rumah, KakDah pun bercerita...... makan macam berkelah. kerusi tak cukup, tikar pun tak dak. Ahmad, anak teruna Pakndak keluar masuk main dengan kakak-kakak dia.... Masa BangChik buka sliding door depan, jengah-jengah nampak ada kesan orang cangkul. Tanya KakDah...... dia kata "Ahmad kot....." Haha.

Satu-satunya para peria di Putrajaya.


BangChik tak check semua presint di Putrajaya. Tapi kalau di Presint 14, inilah satu-satunya para peria. Dua perdu saja.... Baru ubah 2 hari dari pasu.... para dah siap masa ramai berkumpul sebelum Umrah..... BangChik guna sabut untuk kepung perdu, supaya air hujan tak larikan tanah... Tanaman ni tentu menjadi sebab sabut special, didatangkan khas dari Bumi Hijau Perak.
KakDah dan BangChik ternanti-nanti bila orang nak komplen, sebab tanam serba makneka dilaman rumah. Tapi kemas lagi laman yang tanam serba makneka berbanding dengan laman tak tanam apa-apa....haha.

Oh Cendawan

Cendawan: tuai kali ke dua.

Entah macam mana cendawan sekali ni keluar 1 saja. Kalau jenguk ke dalam macam ada lagi nak keluar. Kejap lagi nak cabut saja dan goreng. Cukup untuk dinner dengan KakDah.