Saturday, May 31, 2008

Penat.

Dah sampai di Putrajaya. Penat........ Dah habis punggah barang.

Barang-barang sekali ni menarik. Ada buluh 6 katam. Ada batu 12 ketul saiz kepala lutut. Ada sabut nyior 1 plastik baja. Ada anak kucai. Barang-barang tu ambil dari Bumi Hijau, Pantai Remis, Sitiawan dan ada juga kutip tepi jalan.....

Keluarga kampung semuanya sihat. Pakndak dah hulur2 tangan salam depan mata bang Chik... Hmmm... cincang ayaq, macam tu la... Cuma Pak Mertua Kakak nampak seghoh sangat... Kakak kata dua hari lepas jatuh dalam bilik air. Pagi tadi singgah kampung jelutong, ziarah..... Nampak baring je atas katil.... Dia nak jugak sembang .... tapi suara makin lama makin pelan, sampai tak dengar.... dia rehat kejap kemudian suara kembali kuat. Ramli kursus merata-rata.

Ada depa cerita nyior mumbang jatuh tepi rumah pak ngah can.... Kakak dengan MakNjang berehat atas endoi pukat... Lyn meriteh pergi sana sini. Tup-tup nyior jatuh 2 kaki dari Lyn... Tok Bumi Hijau capai cucu terus lari masuk dalam rumah.... tak keluar-keluar.... DIAM SEPADA.

Tadi dah serah kunci dekat Pn Islamiah, Pensyarah Uitm Seri Iskandar. Katanya nak duduk rumah besar sikit. anak ada 2. Maid sorang. Dia perlukan rumah 4 bilik...... Orang kelantan! Macam semua orang lain buat la.... Keluar sorang penyewa, sewa untuk penyewa baru pun naik... tak naik banyak, bagi cukup-cukup. dulu 550, la ni 600. Rumah tu tak la comot sangat... biasa la adat orang duduk..... Tapi Kak Dah nampak poh peh je.... haha.

Rasa penat..... jumpa lagi.
SELAMAT BERTUNANG ALONG!!

Wednesday, May 28, 2008

Lajak ke Utara

Hari ini ada hal sikit. Kursus di Johor tak sempat habis, kena berkejar balik ke Putrajaya semalam. Apa nak buat, semua nak kena cuit, sentuh sikit-sikit.

Hari ini ada taklimat dengan YB, itu sebab kena turun.

Petang ni lagi 15 minit nak lajak ke Utara. Esuk pagi ada hal dengan sumber manusia di Sabak Bernam, lusa tutup program di Ipoh. Kak Dah macam biasa.... Menorek! (mungkin ada yang tak tau makna perkataan ini).

Penyewa rumah di Seri Iskandar dah pindah ke Dungun. Dia tinggalkan kunci dengan jiran sebelah En Faizal. Jadi weekend ini nak kena tenguk2 rumah yang disewakan dekat 3 tahun. Entah macam mana rupanya. Nak tenguk apa-apa kerja repair yang kena buat. Bakal penyewa baru Pn Isma nak tenguk rumah jugak. Katanya macam minat.... Kak Dah kabarnya nak cuci-cuci rumah dulu....

Dalam kerja yang sebegini, turun naik turun naik, rumah terpaksa ditinggalkan. Kak Dah dah pesankan dengan jiran minta tolong siram pokok. Botol cendawan terpaksa ditutup semula.

Hari tu lalu lalang dekat highway, ternampak exit tol batu pahat, kluang dan simpang renggam. Bang Chik tak dapat singgah. Minta maaf. Mungkin di lain kali.

Pada Along, selamat bertunang......

Wednesday, May 21, 2008

Catatan atas kertas kecil putih.

Petang tadi balik dari Kulim. Naik kapalterbang. Kak Dah kali ini tak ikut, duduk dirumah saja, bersenang-senang.

Bawa balik empat biji mempelam utara, manis sangat. Itu buat pemanis mulut Kak Dah berbuka puasa petang tadi.

Belek-belek SMS, baca-baca balik apa yang ada dalam inbox. Antaranya berkait dengan majlis pertunangan yang akan berlangsung pada awal JUN ini. Sembang dengan Kak Dah, dia kata jemput dengan SMS je, hmmm.... kalau jemput mulut mungkin boleh cari jalan terbang pi... Bang Chik sengih je la.... haha.

Ini adalah catatan atas kertas kecil putih. Hanya tulis dengan pensil 2B jalur kuning hitam.

1,2,3 .....belum keluar
4,5... bertunas, kelongsong belum pecah.
6.... belum keluar
7..... yang keluar ada 6, daun lebar.
8.... lebih kurang 15 keluar, kurus dan kecil.
9.... belum keluar.

Hujung minggu ni, kami ternanti-nanti rombongan dari Perak. PakTeh, MakTeh, Zaim dan MakLong akan berangkat ke matahari jatuh. Dua hari lepas Ilah ada telefon memaklumkan hal itu. Katanya tak konfom lagi samada nak bergerak dari Perak petang Jumaat atau pagi Sabtu. Tunggu apa kata PakTeh katanya. Dari Nenering semua akan turun. Syukri kena tinggal lama di Putrajaya sebab Konvo dia jatuh pada 31 May di UITM Shah Alam dan ambik baju jubah pulak pada 27hb.

Pada hari Jumaat ini, bekas cendawan akan dibuka semula. Yang terdahulu sudah petik 4 perdu, terkulai dalam sup ikan.

Selamat Malam.

Sunday, May 04, 2008

Pagi Ahad 4/5/2008


Pisang hutan: ada 3 pokok,
tidak segar sangat dan tumbuh pun sangat lambat.


Kunyit: ada dua perdu, ambil benih dari "bumi hijau"
Pandan: ada sepokok saja.

Amaran angin: perbuat dari buluh,
bawa dari kk, bila berangin ada bunyi macam angklong.
Cabai Melaka: ada 9 perdu,
dah belajar berbunga
dan berbuah.
Serai:
hujung sana ada 3 perdu semuanya,
baru kena pangkas.
Cabai Melaka:

amaran angin tergantung

Keduduk: tumbuh liar, bawak dik burung agaknya,
sekelompok putih2 dibelakang adalah nasi tak habis.
Burung2 waktu tengahari bertenggek makan.
kadang2 ada 15 ekor burung cak.

Cabai Melaka: sederet 9 pokok.
tak buat batas pun.
Letak daun2 dan rumput kering saja.
Betik: 5 perdu.
ada segar,
ada yang tidak.
Keduduk: berbunga,
ada 3 perdu besar,
biar tumbuh sejak Januari dulu.
keduduk besar

Cabai berbuah.


depan rumah